Pusingan akhir untuk kejohanan Taiwan Excellence Esports Cup (TEEC) 2019 akhirnya tamat hujung minggu lepas yang mana ianya mempertandingkan sebanyak 30 pasukan untuk 3 permainan iaitu League Of Legends, Dota 2 dan Counter-Strike: Global Offensive.

Dengan lebih 30,000 penonton dan hampir 20,000 pengunjung hadir ke acara tersebut yang bertempatkan di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur sepanjang 3 hari hujung minggu lepas.

Berikut adalah senarai pemenang bagi kejohanan tersebut mengikut permainan dan wang hadiah yang dibawa pulang setiap pemenang:

  • Counter-Strike: Global Offensive
    • Tempat Pertama: FrostFire membawa pulang RM10,000
    • Tempat Kedua: Orange Esports.Chymera membawa pulang RM5,000
    • Tempat Ketiga: Geek Fam membawa pulang RM3,000
  • Dota 2
    • Tempat Pertama: Flower Gaming membawa pulang RM10,000
    • Tempat Kedua: Dota Hero membawa pulang RM5,000
    • Tempat Ketiga: Never Win Before membawa pulang RM3,000
  • League Of Legends
    • Tempat Pertama: Pepega membawa pulang RM10,000
    • Tempat Kedua: 5 Blademasters membawa pulang RM5,000
    • Tempat Ketiga: Team Bob membawa pulang RM3,000

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, pasukan FrostFire yang menjuarai permainan Counter-Strike: Global Offensive tersebut juga akan ditaja khas ke Taiwan untuk bertempur dengan pasukan dari Taiwan, Thailand, Filipina dan India untuk kejohanan seterusnya di sana untuk merebut wang hadiah utama sebanyak $2,000(~RM8,370).

Manakala berikut pula adalah pemenang-pemenang untuk kejohanan acara sampingan yang berlangsung secara langsung ketika acara tersebut buat 4 permainan:

  • PES 2020
    • Tempat Pertama: Eold | Iwen membawa pulang RM500
    • Tempat Kedua: RimaAkor Eman membawa pulang RM300
    • Tempat Ketiga: SPW Lowprofile membawa pulang RM200
  • Super Smash Bros. Ultimate
    • Tempat Pertama: Najmuddin membawa pulang RM500
    • Tempat Kedua: Adam membawa pulang RM300
    • Tempat Ketiga: Karma membawa pulang RM200
  • Tekken 7
    • Tempat Pertama: Stylo DX membawa pulang RM500
    • Tempat Kedua: Zaba membawa pulang RM300
    • Tempat Ketiga: ZRE membawa pulang RM200
  • Mobile Legend: Bang Bang
    • Tempat Pertama: Kuala Loco membawa pulang RM3,000
    • Tempat Kedua: FV MYA membawa pulang RM2,000
    • Tempat Ketiga: Reincarnation membawa pulang RM1,000

Dengan ini, kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah buat pemenang di mana kami percaya dengan terdapatnya acara-acara kejohanan sebegini, industri eSukan pasti akan terus meningkat pada masa akan datang.

Sohor Kini