Starbreeze pada awal tahun ini telah mengalami masalah kewangan yang memaksa mereka untuk membatalkan hak penerbitan beberapa permainan. Tampaknya, masalah tersebut sudah selesai dan mereka memperlihatkan perkembangan yang baik.
Minggu ini, mereka berkongsi anggaran untuk aliran tunai bagi syarikat tersebut yang memperlihatkan perkembangan positif terutama sekitar tahun 2022 dan 2023 di mana mereka menjangkakan Payday 3 akan dikeluarkan.
Buat masa ini maklumat lanjut mengenai permainan terbaru bagi siri permainan Paydday tersebut tidak dikongsi, termasuk juga platform ia dikeluarkan. Dengan konsol generasi baharu seperti PlayStation 5 akan dikeluarkan pada akhir tahun depan, kemungkinan ia akan tiba untuk konsol tersebut dan PC.