Skip to main content

Bagi pemain yang cuba untuk memasuki Fortnite sekarang, anda berkemungkinan besar tidak dapat melakukannya (terutama semasa penulisan ini).

Fortnite bakal memasuki bab baharu, dan Epic Games tampaknya memasuki bab baharu tersebut dengan sangat bergaya. Pertama, bagi pemain yang sedang berada di dalam permainan, anda dapat melihat kejadian yang boleh dikatakan antara terbaik di dalam pelbagai kejadian Fortnite.

Kedua, selepas kejadian tersebut, pemain kini tidak lagi boleh memasuki permainan tersebut sebagai persediaan untuk memasuki bab baharu dan ini bukan “downtime” seperti biasa, bahkan ia berlanjutan untuk satu jangka masa yang agak lama.

Ketiga, tidak cukup setakat itu, Epic Games juga telah membuang kesemua cicipan di akaun Twitter mereka dan sekadar meletakkan video kepada penstriman langsung yang sekadar memperlihatkan black hole. Begitu juga dengan laman rasmi Fortnite.

Apa yang dibawa melalui bab baharu untuk Fortnite ini masih tidak diketahui, akan tetapi ia dijangkakan membawa perubahan yang lebih besar berbanding perubahan yang berlaku setiap musim.

Bagaimana kandungan tersedia yang anda miliki? Buat masa ini tidak dapat dipastikan, akan tetapi PlayStation ada mengeluarkan cicipan (sebelum dipadam) yang kesemua barangan tersebut akan terus kekal di akaun anda.

Segala kejadian ini adalah perkara yang terus menjadikan Fortnite sebagai permainan pertempuran royale terbaik. Ia menarik minat pemain yang sedang bermain dan juga yang masih belum pernah mencuba. Apabila bab ke-2 bermula kelak, kami pasti berjuta-juta pemain akan berlumba untuk memasukinya.

Leave a Reply