Informasi Permainan Video Terkini
Pusingan Akhir Kejohanan TEEC 2019 Kini Berlangsung Di Berjaya Times Square – Pelbagai Aktiviti Dan Hadiah Buat Pengunjung

Pusingan Akhir Kejohanan TEEC 2019 Kini Berlangsung Di Berjaya Times Square – Pelbagai Aktiviti Dan Hadiah Buat Pengunjung

Diterbitkan pada Okt 11, 2019 oleh .

Seperti yang dikongsikan oleh kami sebelum ini, pusingan akhir kejohanan TEEC 2019 akhirnya berlangsung secara rasmi bermula hari ini sehingga sepanjang hujung minggu ini yang mana kejohanan tersebut menempatkan 3 permainan utama iaitu Counter-Strike: Global Offensive, Dota 2 dan League Of Legends.

Seperti yang sering kami kongsikan, kejohanan ini telah pun berlangsung dengan 10 jumlah pusingan kelayakan yang menempatkan 283 pasukan dan 1,415 perserta yang menyertai dan kini tinggal 30 pasukan yang akan bertanding untuk berebut wang hadiah yang terkumpul sehingga RM113,000.

Menariknya, bagi johan permainan Counter-Strike: Global Offensive, mereka bukan sahaja akan memenangi wang hadiah malah berpeluang untuk ke pusingan seterusnya di Taiwan.

Bermula 11 sehingga 13 Oktober 2019 ini, kejohanan tersebut akan diadakan di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur yang mana pengunjung bukan sahaja dapat menyaksikan kejohanan tersebut secara langsung, malah terdapat pelbagai aktiviti yang pemain boleh lakukan seperti pengunjung reruai-reruai pengajur.

Antara reruai pengajur yang tersedia adalah Aorus, Aero, Cooler Master, InWIn, MSI, Predator, Republic Of Games (ROG), TeamGroup, Thermaltake, Transcend, XPG, Zadak dan Zowie. Menariknya di reruai Predator, pengunjung berpeluang untuk mencuba Thronos iaitu kubu permainan video dan di reruai ROG terdapat ROG Phone II.

Selain itu, juga ketika kejohanan tersebut berlangsung, pengunjung juga boleh menyertai acara kejohanan sampingan seperti permainan Tekken 7, Super Smash Bros. Ultimate, PES 2020 dan Mobile Legends: Bang Bang dan berpeluang untuk membawa pulang wang hadiah terkumpul sebanyak RM9,000.

TEEC 2019 juga akan menyertakan pelbagai lagi aktiviti lain seperti pertandingan pemasangan kelengkapan eSukan, lelongan produk permainan video dengan harga eksklusif dan juga cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah-hadiah menarik.

Pastikan anda ke Berjaya Times Square hujung minggu ini untuk menyaksikan satu lagi acara kejohana eSukan terbesar di Malaysia dan berpeluang untuk membawa pulang pelbagai hadiah menarik.


TIPS & ULASAN