Hari ini, Belanjawan 2020 dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng, dan tampaknya tahun ini, belanjawan telah memberikan fokus kepada kandungan digital. Berikut adalah antara belanjawan yang diumumkan;

Pertama, beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta kepada Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) untuk pembangunan kandungan digital seperti permainan video dan juga animasi.
Ini adalah perkembangan yang baik, kerana pada tahun tahun lepas, MDEC diberikan dana tetapi di bawah nama esukan dan bukan untuk pembangunan kandungan digital.
Pengumuman penuh:
Kandungan digital boleh menjana nilai ekonomi. Misalnya, pendapatan industri permainan video dunia melebihi USD150 bilion pada masa ini adalah lebih tinggi berbanding gabungan hasil industri muzik dan filem. Oleh itu, Kerajaan akan memperuntukkan RM20 juta kepada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk memupuk jaguh tempatan dalam menghasilkan kandungan digital khususnya dalam bidang yang sedang berkembang pesat seperti e-Permainan, animasi dan seni digital.

Manakala untuk esukan, beliau juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi perkembangan industri tersebut. Ia memperlihatkan peningkatan daripada tahun lepas yang sekadar RM10 juta sahaja.
Peruntukan tersebut juga tampaknya akan terus diberikan kepada Kementerian Belia dan Sukan berbanding diberikan kepada MDEC seperti tahun lepas.
Pengumuman penuh:
Kerajaan Pakatan Harapan mengiktiraf potensi tinggi e-Sukan dan akan meningkatkan peruntukan sebanyak RM20 juta pada tahun 2020. Kerajaan mengucapkan selamat berjaya kepada pasukan Malaysia dan semoga memenangi sebanyak mungkin pingat emas Sukan SEA di Manila pada bulan Disember 2019.
Apa pendapat anda mengenai peruntukan ini? Kami berpendapat ia adalah satu langkah yang baik dengan mengasingkan esukan dan kandungan digital.