Informasi Permainan Video Terkini
FIFA 20 Kini Mempunyai Lebih 10 Juta Pemain – Ganjaran Volta Coins Diberikan Kepada Semua

FIFA 20 Kini Mempunyai Lebih 10 Juta Pemain – Ganjaran Volta Coins Diberikan Kepada Semua

Diterbitkan pada Okt 11, 2019 oleh .

Sejak dikeluarkan pada bulan September lepas, EA mengumumkan yang permainan terbaru buat siri simulasi bola sepak mereka iaitu FIFA 20 telah mempunyai lebih 10 juta pemain.

Bersempena dengan pencapaian tersebut, mereka juga mengumumkan ganjaran sebanyak 8 ribu Volta Coins untuk kesemua pemain yang bermain permainan tersebut sebelum 17 Oktober ini.

Selain itu, EA juga mengumumkan yang, setakat ini terdapat 450 juta perlawanan yang berlaku di dalam FIFA 20 di mana 1.2 bilion jaringan gol sudah dilakukan untuk kesemua mod di dalam permainan tersbeut.

Mod FIFA Ultimate Team juga telah memperlihatkan jumlah pemain teramai untuk tiga minggu pertama sejak FIFA 20 dikeluarkan iaitu lebih 272 juta perlawanan untuk mod tersebut sudah dimainkan.

Selepas FUT, Volta Football iaitu mod baharu yang disertakan di dalam permainan ini menjadi mod kedua paling popular dengan lebih 5 juta pemain telah mencipta watak di dalamnya.

FIFA 20 sudah dikeluarkan pada 27 September 2019 untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.


TIPS & ULASAN