Informasi Permainan Video Terkini
Earth Defense Force: Iron Rain Diumumkan Untuk PC – Tiba Minggu Depan
PC

Earth Defense Force: Iron Rain Diumumkan Untuk PC – Tiba Minggu Depan

Diterbitkan pada Okt 11, 2019 oleh .

D3 Publisher dan Yuke minggu ini menyenaraikan Earth Defense Force: Iron Rain di Steam dan berdasarkan penyenaraian tersebut ia akan dikeluarkan pada 15 Oktober 2019.

Ia sebelum ini dikeluarkan untuk PlayStation 4 pada 11 April 2019, kami sendiri sudah mencuba dan anda boleh membaca ulasan kami melalui pautan ini – Ulasan Earth Defense Force: Iron Rain – Permainan Menembak Dengan Bentuk Berulangan.

Berikut adalah spesifikasi PC yang diperlukan untuk permainan ini;

Keperluan Minima

CPU (Intel): i3-8100 atau lebih baik
RAM: 8 GB
GPU (AMD): Radeon HD 7790 atau lebih baik
GPU (NVIDIA): GTX 750 Ti atau lebih baik
Storan: 24 GB

Keperluan yang Dicadangkan

CPU (AMD): Ryzen 5 1400 atau lebih baik
CPU (Intel): i7-4770 atau lebih baik
RAM: 8 GB
GPU (AMD): Radeon R9 280 atau lebih baik
GPU (NVIDIA): GTX 1050 Ti atau lebih baik
Storan: 24 GB

Buat masa ini penyenaraian tidak menyertakan harga, dan hanya boleh di letakkan di dalam senarai hajat sahajat. Selain itu, mereka juga berkongsi trailer untuk versi PC yang dimuat naik oleh Gematsu.


TIPS & ULASAN