Informasi Permainan Video Terkini
Warner Bros. Dan IO Interactive Umum Mereka Kini Sedang Membangunkan Permainan Baharu

Warner Bros. Dan IO Interactive Umum Mereka Kini Sedang Membangunkan Permainan Baharu

Diterbitkan pada Okt 11, 2019 oleh .

Warner Bros. Interactive Entertainment dan IO Interactive hari ini mengumumkan yang mana mreka kini sedang bekerjasama untuk membangunkan permainan baharu di konsol dan PC secara global.

Buat masa ini, informasi lanjut berkenaannya masih belum diumumkan, namun berdasarkan kenyataan Warner Bros, mereka ingin membawa pengalaman permainan baharu di konsol dan PC kepada pemada secara global.

Semestinya ini bukan kali pertama mereka bekerjasama di mana sebelum ini, IO Interactive juga melancarkan permainan pernambah-baikkan Hitman yang diterbitkan oleh Warner Bros.

Kami di Aksiz juga percaya dengan kepakaran pembangun dari IO Interactive yang mana mereka terkenal dengan siri permainan Hitman, pasti akan membawa satu permainan baharu yang menarik bersama Warner Bros. Interactive Entertainment.

Kami pasti akan mengemaskini sebarang informasi lanjut setelah ia diumumkan secara rasmi.


TIPS & ULASAN