Skip to main content

Sebelum ini, pembangun The Gentlebros dan PQube mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan Cat Quest II ke konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch sekitar tahun ini.

Kini, tarikh pelancaran permainan tersebut akhirnya diumumkan iaitu ia bakal tiba 24 Oktober 2019 ini. Sebelum ini, permainan ini telah pun dilancarkan di PC dan di Apple Arcade.

Cat Quest II merupakan permainan yang dibangunkan oleh The Gentlebros, iaitu pembangun dari Singapura di mana permainan ini memfokuskan bentuk dunia terbuka dengan elemen pertempuran beraksi. Kali ini, permainan ini menyertakan penceritaan baharu di samping keupayaan untuk bermain secara multi-pemain.

Bagi anda yang berminat dengan permainan bertemakan kucing, anda boleh dapatkan permainan ini bermula 24 Oktober ini. Namun bagi di PC, ianya telah pun dilancarkan dengan harga RM32 di Steam, manakala ianya juga disertakan bersama melalui langganan Apple Arcade bagi peranti iOS.

Leave a Reply