Skip to main content

Concrete Genie baru sahaja dilancarkan minggu ini yang mana ianya merupakan permainan yang sangat menarik dengan visual yang berwarna-warni dengan elemen penceritaan yang mendalam.

Terkini, PixelOpus iaitu pembangun buat permainan tersebut mengumumkan yang mana muzik latar buat permainan tersebut kini boleh distrim melalui Spotify.

Bersempena dengan itu, PixelOpus juga berkongsi satu video khas yang mana Sam Marshall, iaitu pengarah audio dan komposer untuk permainan tersebut di mana mereka berkongsi bagaimana muzik latar permainan tersebut dihasilkan.

Menurut beliau, pembikinan muzik permainan Concrete Genie dihasilkan dengan 3 elemen utama iaitu memori kanak-kanak, kematangan dan magis. Menariknya, setiap satu elemen tersebut dibahagikan kepada 3 alat muzik utama iaitu seruling, Cello dan analog synths. Akhir sekali, mereka juga menggunakan beberapa bunyian berus yang mana ianya tepat dengan tema permainan tersebut.

Concrete Genie telah pun dilancarkan awal minggu ini secara eksklusif di konsol Playstation 4. Kami sendiri di Aksiz amat menyukai permainan ini yang mana ianya mempunyai pelbagai elemen visual yang sangat berwarna-warni dengan bentuk permainan yang unik. Bagi anda yang ingin membaca ulasan kami, anda boleh ka pautan di bawah.

Leave a Reply