Informasi Permainan Video Terkini
Microsoft Mengumumkan 7 Permainan Untuk Xbox Game Pass for PC Bagi Bulan Ini
PC

Microsoft Mengumumkan 7 Permainan Untuk Xbox Game Pass for PC Bagi Bulan Ini

Diterbitkan pada Okt 10, 2019 oleh .

Microsoft hari ini mengumumkan 7 lagi permainan yang akan disertakan untuk Xbox Game Pass for PC iaitu perkhidmatan langganan Game Pass yang khusus untuk pemain di PC bagi bulan ini. Sebelum ini, Dishonored 2 dan Cities: Skyline sudah tiba ke perkhidmatan tersebut.

Permainan yang disertakan adalah Minit, Lonely Mountains Downhill, State of Mind, F1 2018, Saint Row IV, Stellaris dan The Outer Worlds. The Outer Worlds akan tiba apabila ia dilancarkan pada 25 Oktober ini, manakala permainan lain tiba sekitar bulan ini tetapi tiada tarikh yang dikongsi.

Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut, ataupun ingin mengetahui cara untuk melanggan Xbox Games for PC anda boleh membacanya di artikel – 5 Tip Penggunaan Xbox Game Pass for PC.


TIPS & ULASAN