Skip to main content

Bulan Oktober ini, banyak permainan yang menganjurkan acara khas bersempena Halloween, minggu ini Psyonix mengumumkan acara mereka sendiri untuk Rocket League. Menariknya, acara tersebut adalah kolaborasi bersama Stranger Things.

Acara yang dinamakan Haunted Hallows ini akan berlangsung bermula pada 14 Oktober 2019 sehingga 11 November 2019. Melaluinya terdapat pelbagai rekaan khas berdasarkan siri Netflix tersebut dan juga bertema Halloween. Ia juga menyertakan mengubah arena Farmstead untuk menjadi versi Upside Down.

Dengan bermain semasa acara ini berlangsung, pemain akan memperoleh Candy Corn, ia boleh digunakan untuk menebus pelbagai barangan khas bagi acara ini.

Rocket League adalah permainan arena perlawanan yang memfokuskan penggunaan kenderaan kereta untuk bermain dimana pemain perlu menjaringkan gol seakan bola sepak. Ia telahpun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Leave a Reply