Informasi Permainan Video Terkini
Harry Potter: Hogwarts Mystery Menjana Pendapatan Sebanyak RM630 Juta Setakat Ini

Harry Potter: Hogwarts Mystery Menjana Pendapatan Sebanyak RM630 Juta Setakat Ini

Diterbitkan pada Okt 10, 2019 oleh .

Kali terakhir kami melaporkan mengenai jumlah pendapatan yang diperoleh oleh Harry Potter: Hogwarts Mystery ia permainan mudah alih yang dibangunkan oleh Jam City, ia menjana sebanyak RM224 juta selepas 4 bulan dikeluarkan.

Minggu ini, selepas 1 tahun setengah ia dikeluarkan, Sensor Tower menganggarkan permainan mudah alih tersebut telah menjana sebanyak $153 juta (RM630 juta), menjadikan ia adalah paling banyak menjana pendapatan pada tempoh itu untuk permainan-permainan yang dikeluarkan oleh Jam City.

Pemain di Amerika Syarikat adalah penyumbang tertinggi dengan 49%, diikuti oleh Jerman 8.7% dan UK 8%.

Manakala untuk jumlah muat turun pula, ia dianggarkan telah menerima sebanyak 54.6 juta muat turun setakat ini, di mana Android adalah tertinggi iaitu 53.7%. Amerika Syarikat juga mendahalui untuk jumlah muat turun iaitu 21.5%. Ia diikuti dengan Brazil dan Perancing masing-masing dengan 6.7% dan 6.2%.

Bagi anda yang tidak pernah mencuba permainan ini, anda boleh membaca ulasan kami untuknya melalui pautan ini – Ulasan Harry Potter: Hogwarts Mystery – Permua Yang Menggunakan Sistem Tenaga Yang Menjengkelkan.


TIPS & ULASAN