Informasi Permainan Video Terkini
Outer Wilds Bakal Tiba Di Playstation 4 Minggu Hadapan

Outer Wilds Bakal Tiba Di Playstation 4 Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Okt 10, 2019 oleh .

Outer Wilds iaitu permainan pengembaraan oleh Mobius Digital dan Annapurna Interactive minggu ini diumumkan bakal tiba di konsol Playstation 4 pada 15 Oktober 2019.

Permainan tersebut sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol Xbox One dan PC melalui Epic Games Store. Bagi pelancaran di Steam, Annapurna Interactive masih belum mengumumkannya, namun permainan tersebut telah pun mempunyai laman rasmi di Steam.

Outer Wilds merupakan permainan pengembaraan dunia terbuka yang mana pemain akan terperangkap di dalam tempoh masa 22 minit sebelum pemain akan dimatikan dengan tenaga supernova, dan perlu mengulang semula pengembaraan dan mempelajari misteri dunia tersebut.

Bagi anda yang berminat dengan permaina ini, pastikan anda mendapatkannya menjelang minggu hadapan. Namun, bagi anda yang ingin bermainnya di konsol Xbox One ataupun di PC, ianya telah pun dilancarkan di platform tersebut, termasuklah di Xbox Game Pass.


TIPS & ULASAN