Seperti kita sedia maklum, Google bakal hadir dengan perkhidmatan penstirman permainan video iaitu Google Stadia. Antara perkara yang sering menjadi tanda tanya mengenai perkhidmatan tersebut adalah bagaimana ia akan menyelesaikan masalah kependaman.

Google tampaknya yakin dengan teknologi yang disediakan oleh mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bahkan, naib presiden kejuruteraan Madj Bakar mengatakan yang dalam masa setahun atau dua, permainan akan dikendalikan dengan lebih pantas atau lebih responsif melalui strim berbanding secara menggunakan konsol, termasuk juga konsol/pc yang berkuasa tinggi.

Menurut beliau lagi, ia adalah kerana pelbagai teknologi yang akan digunakan oleh Google termasuk juga kependaman negatif (negative latency).

Melaluinya, sistem Stadia akan menjangkakan kependaman yang mungkin berlaku dan akan melakukan pengurangan sela masa. Antaranya, meningkatkan kadar bingkai sesaat secara mendadak dan juga menggunakan A.I. untuk menjangka apa tindakan yang akan dilakukan oleh pemain.

Itu adalah satu kenyataan yang berani oleh Google, sama ada mereka berjaya atau tidak, sama-sama kita nantikan. Jika mereka berjaya, ia adalah satu berita yang baik untuk industri permainan video.

Apa pendapat anda mengenai Stadia mungkin menjangkakan tindakan anda sebelum anda sendiri melakukannya?

Sohor Kini