Informasi Permainan Video Terkini
Spesifikasi PC Untuk Call of Duty: Modern Warfare Dikongsi – Memerlukan 175GB Storan
PC

Spesifikasi PC Untuk Call of Duty: Modern Warfare Dikongsi – Memerlukan 175GB Storan

Diterbitkan pada Okt 9, 2019 oleh .

Baru sahaja kami melaporkan yang Red Dead Redemption 2 memerlukan 150GB storan untuk PC, rekod tersebut telah dikalahkan oleh Call of Duty: Modern Warfare apabila berdasarkan penyenaraian di Battle.Net, ia memerlukan 175GB storan.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk permainan tersebut;

Keperluan Minima

CPU (AMD): FX-6300 atau lebih baik
CPU (Intel): i3-4340 atau lebih baik
RAM: 8 GB
GPU (AMD): Radeon HD 7950 atau lebih baik
GPU (NVIDIA): GeForce GTX 670 / GTX 1650 atau lebih baik
Storan: 175 GB

Keperluan yang Dicadangkan

CPU (AMD): Ryzen 5 1600X atau lebih baik
CPU (Intel): i5-2500K atau lebih baik
RAM: 12 GB
GPU (AMD): Radeon R9 390 / Radeon RX 580 atau lebih baik
GPU (NVIDIA): GTX 970 / GTX 1660 atau lebih baik
Storan: 175 GB

Kami boleh katakan spesifikasi lain adalah tidak terlalu ‘lapar kuasa’, akan tetapi keperluan storan permainan ini agak mengejutkan. Tidak pasti jika ia sepenuhnya diperlukan ataupun semasa pemasangan sahaja.

Call Of Duty: Modern Warfare merupakan permainan penembak pandang pertama dan ia bakal tiba 25 Oktober 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN