Informasi Permainan Video Terkini
NBA 2K20 Dan Borderlands 3 Mendahului Senarai Penjualan Tertinggi Di PS Store Untuk September

NBA 2K20 Dan Borderlands 3 Mendahului Senarai Penjualan Tertinggi Di PS Store Untuk September

Diterbitkan pada Okt 9, 2019 oleh .

Blog PlayStation hari ini berkongsi senarai permainan dengan penjualan tertinggi di PS Store Amerika Syarikat untuk bulan September. NBA 2K20 yang dikeluarkan pada awal September mendahului senarai diikuti dengan Borderlands 3.

Manakala FIFA 20 berada di tempat ketiga yang merupakan satu pencapaian yang baik kerana ia dikeluarkan pada akhir bulan. Kami menjangkakan untuk senarai bulan Oktober ini, FIFA 20 akan mendahului senarai. Satu lagi perkara yang menarik, walaupun PES2020 dikeluarkan terlebih dahulu, permainan tersebut sekadar berada di tempat ke-11.

Berikut adalah senarai penuh untuk permainan dengan penjualan tertinggi di PS Store bagi bulan September.

  1. NBA 2K20
  2. Borderlands 3
  3. FIFA 20
  4. Minecraft: PlayStation 4 Edition
  5. Madden NFL 20
  6. Final Fantasy VIII Remastered
  7. NHL 20
  8. Rainbow Six Siege
  9. Grand Theft Auto V
  10. EA Sports UFC 3
  11. eFootball PES 2020
  12. GreedFall
  13. Code Vein
  14. Red Dead Redemption 2
  15. Castle Crashers Remastered
  16. The Dark Pictures Anthology: Man of Medan
  17. Star Wars Battlefront II
  18. Remnant: From the Ashes
  19. Marvel’s Spider-Man
  20. Wreckfest

TIPS & ULASAN