Informasi Permainan Video Terkini
Spesifikasi PC Untuk Star War Jedi: Fallen Order Diumumkan
PC

Spesifikasi PC Untuk Star War Jedi: Fallen Order Diumumkan

Diterbitkan pada Okt 9, 2019 oleh .

Respawn Entertainment minggu ini berkongsi spesifikasi PC untuk permainan aksi pengembaraan akan datang mereka iaitu Star Wars Jedi: Fallen Order.

Pada awalnya mereka mengatakan jumlah RAM yang dicadangkan adalah 32GB yang menjadi satu kejutan, tetapi kini mereka mengatakan ia adalah kesilapan penyenaraian dan diperbetulkan kepada 16GB sahaja.

Berikut adalah spesifikasi yang dikongsi melalui Origin;

Keperluan Minima

CPU (AMD): FX-6100 atau yang lebih baik
CPU (Intel): i3-3220 atau yang lebih baik
RAM: 8 GB
GPU (AMD): Radeon HD 7750 atau yang lebih baik
GPU (NVIDIA): GeForce GTX 650 atau yang lebih baik
Storan: 55 GB

Keperluan yang Dicadangkan

CPU (AMD): Ryzen 7 1700 atau lebih baik
CPU (Intel): i7-6700K atau lebih baik
RAM: 16 GB
GPU (AMD): RX Vega 56 atau lebih baik
GPU (NVIDIA): GTX 1070 atau lebih baik
Storan: 55 GB

Berdasarkan keperluan minima boleh dikatakan ia masih satu permainan yang mesra untuk spesifikasi sederhana yang kami rasakan kebanyakan PC dan juga komputer riba masih boleh memainkannya.

Star Wars Jedi: Fallen Order akan dikeluarkan di PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 15 November 2019.


TIPS & ULASAN