Informasi Permainan Video Terkini
Lagi Video Acah Ejen Ali The Movie – Ali Kini Memberontak & Keluar Dari M.A.T.A

Lagi Video Acah Ejen Ali The Movie – Ali Kini Memberontak & Keluar Dari M.A.T.A

Diterbitkan pada Okt 9, 2019 oleh .

M.A.T.A adalah satu organisasi perisik yang ditubuhkan di Cyberaya. Disebabkan satu insiden, gajet perisikan milik M.A.T.A yang digelar I.R.I.S jatuh ke tangan Ali dan disebabkan itu Ali berubah menjadi seorang ejen perisikan. Untuk filem Ejen Ali The Movie, ia mencadangkan yang akan ada konspirasi, plot twist dan jalan cerita yang hebat. Terkini, video acah kedua telah diterbitkan.

Dalam video acah ini ia memperlihatkan Ejen Ali yang kecewa dengan M.A.T.A. Menurut beliau jika hari demi hari semakin ramai ejen direkrut dan masing-masing menggunakan I.R.I.S – beliau seolah tidak diperlukan atau tidak diendahkan. Jadi, apa yang Ali lakukan adalah – beliau “keluar” dari M.A.T.A dan seakan memberontak. Turut kelihatan yang Ali kini menjadi seorang perisik persendirian atau boleh kita katakan beliau telah menjadi vigilante.

Apa yang berlaku sebenarnya ini? Gajet apakah I.R.I.S NEO ini? Adakah Ali akan menjadi seorang ejen perisik serba baharu dan lebih hebat atau beliau akan menjadi kambing hitam? Sama-sama kita nantikan, filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 28 November.


TIPS & ULASAN