Skip to main content

id Software melalui cicipan di akaun Twitter rasmi Doom, mengumumkan yang Doom Eternal yang sepatutunya dikeluarkan pada bulan depan iaitu 22 November 2019 telah ditunda selama 4 bulan iaitu kepada 20 Mac 2020.

Menurut mereka lagi keputusan tersebut dibuat untuk memastikan permainan tersebut mempunyai prestasi yang terbaik. Selain daripada itu mereka juga mengumumkan mod Invasion yang membolehkan anda memasuki sesi permainan pemain lain sebagai iblis akan hadir sebagai kemaskini percuma pada tarikh terkemudian.

Doom Eternal untuk Switch pula akan dikeluarkan pada satu tarik selepas ia dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Tarikh akan diumumkan kemudian.

Akhir sekali, mereka juga mengatakan Doom 64 yang sebelum ini diumumkan untuk Switch akan turut dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC pada tarikh yang sama dengan tarikh pengeluaran Doom Eternal. Pemain yang pra-tempah Doom Eternal, boleh mendapatkan permainan tersebut secara percuma.

Jika anda merasakan Doom Eternal ditunda kerana tidak ingin bersaing dengan Death Stranding, Mac 2020 bukanlah satu tarikh yang kosong, ia adalah bulan di mana Final Fantasy 7 Remake, Watch Dogs Legion dan Animal Crossing dikeluarkan.

Leave a Reply