Skip to main content

National Health Service (NHS) merupakan perkhidmatan kesihatan yang dibiayai oleh kerajaan UK. Menurut laporan The Guardian, NHS telah membuka klinik yang khusus untuk merawat ketagihan permainan video.

Melaluinya, ia akan menolong remaja yang berumur 13 hingga 25 yang didapati menghabiskan masa terlalu lama bermain permainan video. Bermula minggu ini, pakar perubatan boleh merujuk ‘pesakit’ ke klinik tersebut dan rawatan akan bermula pada bulan depan.

Klinik tersebut akan menjadi sebahagian daripada Pusat Kebangsaan untuk Ketagihan Kelakuan (behavioural addictions). Pesakit dapat menghadiri rawatan secara fizikal ataupun atas talian melalui Skype.

Perkara ini adalah lanjutan daripada World Health Organisation mengesahkan yang ketagihan permainan video adalah satu penyakit. Hari ini, kami juga melaporkan yang Ibu Bapa menyaman Epic kerana Fortnite adalah permainan yang mengakibatkan ketagihan.

Leave a Reply