Informasi Permainan Video Terkini
The House Of The Dead Disahkan Bakal Kembali Sebagai Permainan Olahan Semula

The House Of The Dead Disahkan Bakal Kembali Sebagai Permainan Olahan Semula

Diterbitkan pada Okt 8, 2019 oleh .

Forever Entertainment minggu ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa kembali permainan The House Of The Dead pertama dan The House Of The Dead 2 sebagai permainan olahan semula.

Menariknya, Forever Entertainment juga terlibat untuk pembangunan permainan olahan semula Panzer Dragoon, yang mana juga adalah permainan hak intelek oleh SEGA.

Bagi anda yang tidak tahu berkenaan permainan The House Of The Dead, ianya merupakan siri permainan penembak yang memfokuskan pemain untuk menembak zombi dalam bentuk di dalam penembak rel arked yang sangat terkenal beberapa tahun lepas oleh SEGA. Francais tersebut juga sering dikembangkan dengan sebilangan bentuk permainan seperti Typing Of The Dead dan sebagainya.

Buat masa ini informasi lanjut berkenaan permainan tersebut masih belum diumumkan dan kami pasti akan berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaannya.


TIPS & ULASAN