Informasi Permainan Video Terkini
Pemenang Peraduan Reka Bentuk Kostum Buat Sword Art Online: Alicization Lycoris Diumumkan
PC

Pemenang Peraduan Reka Bentuk Kostum Buat Sword Art Online: Alicization Lycoris Diumumkan

Diterbitkan pada Okt 8, 2019 oleh .

Sebelum ini kami berkongsi yang mana Bandai Namco mengadakan satu peraduan khas buat permainan akan datang, Sword Art Online: Alicization Lycoris yang mana peminat diberi peluang untuk menghasilkan reka bentuk kostum khas buat watak Kirito atau Alice.

Terkini, pemenang buat peraduan tersebut bagi rantau Asia akhirnya diumumkan di mana Bandai Namco mengumumkannya melalui akaun Twitter rasmi mereka.

Menurut Bandai Namco, kostum tersebut akan boleh dimuat-turun buat mereka yang membeli permainan tersebut pada hari pertama ataupun membuat pra-tempahan bagi versi digital apabila ianya dilancarkan kelak.

Sword Art Online: Alicization Lycoris diumumkan bakal tiba di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC sekitar tahun hadapan. Namun dari segi tarikh pelancaran ianya masih belum diumumkan.


TIPS & ULASAN