Paradox Interactive minggu ini mengumumkan permainan seterusnya di dalam siri Surviving selepas Surviving Mars iaitu Surviving the Aftermath. Permainan ini akan dikeluarkan pada akhir tahun 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.
Versi akses awal akan dikeluarkan sekitar tahun ini melalui Epic Games Store dan juga Xbox Game Preview. Ia dijangka akan berada di peringkat akses awal selama setahun, dan sepanjang peringkat tersebut ia akan ditawarkan secara eksklusif melalui Epic Games Store untuk versi PC.
Menurut Paradox, permainan ini akan menjadi antara permainan tertinggi yang mendapat kutipan semasa akses awal, dan majoriti pendapatan tersebut adalah pendapatan daripada perjanjian mereka dengan Epic Games Store.
Maklumat lanjut mengenai permainan ini akan dikongsi pada 19 Oktober 2019 di PDXCON 2019 iaitu acara bersama peminat untuk Paradox.