Skip to main content

Sony sebelum ini telah memperlihatkan tangkapan skrin perbezaan MediEvil versi asal yang dikeluarkan pada tahun 1998 dengan MediEvil versi penambah-baikkan yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Hari ini, mereka memperlihatkan perbezaan tersebut dalam bentuk video melalui segmen PlayStation Underground. Selain perbezaan grafik yang jelas, pelbagai animasi juga telah diperbaharui yang memberikan rekaan yang lebih baik. Ia juga menyertakan kawalan kamera yang lebih pelbagai untuk memudahkan pemain bertempur dan mengembara.

Namun, untuk bentuk permain tidak banyak perbezaan yang diperlihatkan. Oleh disebabkan itu, ia akan tetap memberi pengalaman yang lebih kurang seperti permainan sebelum ini. Bahkan mereka mengatakan jika anda mempunyai panduan untuk permainan MediEvil sebelum ini, ia masih boleh digunkan bersama dengan versi baharu ini.

Anda boleh menonton video penuh tersebut melalui video kami sertakan di bawah. MediEvil akan dilancarkan secara rasmi pada 25 Oktober 2019 ini khas di konsol PlayStation 4.

Leave a Reply