Skip to main content

Apple Arcade telah dilancarkan pada bulan lepas dan ia menyertakan 71 judul permainan untuk pelanggan bermain. Hujung minggu lepas, mereka menambahkan lagi 4 permainan membawa jumlah kesemua 75 judul permainan.

4 Permainan yang disertakan adalah Pilgrims oleh Amanita Design, ia merupakan permainan pengembaraan. Ia juga menyertakan Nightmare Farm oleh Hit-Point, Redout: Space Assault dan The Bradwell Conspiracy oleh Bossa Studio yang akan turut dikeluarkan untuk konsol dan PC.

Apple Arcade merupakan perkhidmatan langganan untuk peranti Apple buat masa ini ia sudah tiba untuk iPhone dan juga Macbook yang menyokong sistem operasi terbaru.

Leave a Reply