Skip to main content

Kemaskini 10 Oktober 2019: Artikel dikemaskini dengan masa dan pautan khusus untuk pemain di Malaysia.

Bandai Namco minggu ini mengumumkan yang sesi beta terutup untuk One Punch Man: A Hero Nobody Knows akan bermula November ini. Melaluinya, pemain berpeluang untuk mencuba permainan tersebut dengan lebih awal dan bertempur dengan pemain lain ataupun A.I.

Ini merupakan beta tertutup di mana ia adalah terhad kepada 10 ribu pemain saja. Jika anda ingin peluang untuk mencuba permainan tersebut, anda boleh mendaftar minat melalui laman ini bermula sekarang sehingga 17 Oktober 2019 untuk PS4. Bagi pengguna Xbox One, anda boleh melakukanya melalui Xbox Insider Hub.

Berikut adalah jadual untuk setiap sesi beta tertutup;

  • Sesi 1 – Jumaat, 1 November – 18:00 hingga 20:00
  • Sesi 2 – Sabtu, 2 November – 14:00 hingga 16:00
  • Sesi 3 – Ahad, 3 November – 05:00 hingga 07:00
  • Sesi 4 – Isnin, 4 November – 05:00 hingga 07:00

Bersempena dengan pengumuman ini, mereka juga berkongsi satu trailer baharu untuknya. One Punch Man: A Hero Nobody Knows bakal dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply