Informasi Permainan Video Terkini
Super Robot Wars X Bakal Tiba Awal Tahun Hadapan Di Switch Dan Steam

Super Robot Wars X Bakal Tiba Awal Tahun Hadapan Di Switch Dan Steam

Diterbitkan pada Okt 7, 2019 oleh .

Sebelum ini kami melaporkan yang mana Bandai Namco akan membawa permainan Super Robot Wars X ke konsol Switch dan PC melalui Steam, yang mana permainan tersebut sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4 dan Playstation Vita.

Terkini, tarikh pelancaran buat permainan tersebut akhirnya diu mumkan di mana ianya bakal tiba pada awal tahun hadapan iautu pada 10 Januari 2020.

Seperti anda sedia maklum, permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol Playstation yang mana versi Switch dan Steam ini, Bandai Namco akan menyertakan sebilangan kandungan tambahan dan DLC secara bersama.

Dari segi siri anime dan robot mecha yang bakal tiba, berikut adalah senarai penuh siri-siri anime tersebut:

  • The Unchallengeable Daitarn 3
  • Aura Battler Dunbine
  • New Story of Aura Battler Dunbine
  • Mobile Suit Zeta Gundam
  • Mobile Suit Gundam ZZ
  • Mobile Suit Gundam: Char’s Counterattack
  • Beltorchika’s Children
  • Mobile Suit Gundam F91
  • Mobile Suit Gundam Wing: Endless Waltz
  • Mobile Suit Crossbone Gundam: The Steel Seven
  • Gundam Reconguista in G
  • Mashin Hero Wataru
  • Nadia: The Secret of Blue Water
  • Brave Express Mightgaine
  • Gurren Lagann
  • Gurren Lagann the Movie: The Lights in the Sky are Stars
  • Code Geass: Lelouch of the Rebellion R2
  • Mazinger
  • True Mazinger Edition Z: The Impact!
  • True Mazinger ZERO vs Great General of Darkness
  • Mazinkaiser
  • Buddy Complex
  • Buddy Complex Final Act Into the Skies of Tomorrow
  • CROSS ANGE Rondo of Angel and Dragon

Bagi anda yang meminati siri Super Robot Wars, jangan lepaskan untuk mendapatkan permainan ini menjelang awal tahun hadapan di Switch dan Steam.


TIPS & ULASAN