Informasi Permainan Video Terkini
The Dragon Prince Musim Ke-3 Tiba November Ini Di Netflix

The Dragon Prince Musim Ke-3 Tiba November Ini Di Netflix

Diterbitkan pada Okt 7, 2019 oleh .

Netflix dan Wonderstorm hari ini mengumumkan yang The Dragon Prince musim ke-3 akan tiba di perkhidmatan penstriman tersebut pada 22 November 2019. Ia diumumkan semasa New York Comic Con 2019.

Bersempena dengannya, mereka juga berkongsi satu poster untuk musim baharu. Musim ini akan terus menyambung penceritaan daripada musim ke-2 yang tiba pada Februari tahun ini.

Selain itu, mereka juga mengumumkan kerjasama dengan Dark Horse untuk menerbitkan “The Art of the Dragon Prince” iaitu buku yang memperlihatkan karya-karya untuk siri animasi ini.

Bagi kami The Dragon Prince merupakan antara siri animasi terbaik yang kini ada di Netflix. Bagaimana dengan anda?


TIPS & ULASAN