Informasi Permainan Video Terkini
Remote Play Untuk Peranti Android Tiba Melalui Kemaskini Sistem Operasi PS4 7.00

Remote Play Untuk Peranti Android Tiba Melalui Kemaskini Sistem Operasi PS4 7.00

Diterbitkan pada Okt 7, 2019 oleh .

Kemaskini: Sistem Operasi PS4 7.00 kini mula hadir untuk semua, dan aplikasi Remote Play juga boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

Google Play Store: PS4 Remote Play


PlayStation hari ini mengumumkan yang kemaskini sistem operasi PS4 versi 7.00 akan tiba kepada semua sekitar minggu ini. Kemaskini ini akan memfokuskan kepada dua fungsi iaitu Party dan Remote Play.

Bagi sistem Party, kemaskini ini akan meningkatkan jumlah pemain di dalam satu kumpulan daripada 8 kepada 16, ia juga akan meningkatkan kualiti sambungan internet dan juga audio.

Manakala untuk fungsi Remote Play, ia akhirnya akan tiba untuk Android, sebelum ini ia sudah dikeluarkan untuk iOS melalui kemaskini versi 6.50. Ia akan memerlukan peranti Android yang menggunkan Android 5.0 ataupun yang lebih terbaru.

Bagi yang ingin menggunakannya, anda hanya perlu memuat turun aplikasi Remote Play dari Google Play Store. Namun, buat masa ini aplikasi tersebut masih tidak tersenarai.

Manakala untuk pengguna iOS, aplikasi Remote play kini menyokong untuk anda sentiasa memperlihatkan alat kawalan dan mengunci pusingan skrin. DualShock 4 juga akan menyokong Android 10, iOS 13, iPadOS 13 dan macOS Catalina.

Apa pendapat anda mengenai Remote Play akhirnya hadir untuk Android? Adakah ia fungsi yang anda akan gunakan?


TIPS & ULASAN