Semestinya dengan kejayaan dan sambutan ramai peminat berkenaan pernambahan Iceborne buat permainan Monster Hunter World membuahkan hasil yang memuaskan buat Capcom yang mana mereka akan terus menyertakan pelbagai kandungan buat permainan tersebut di mana hari ini, mereka mengumumkan sebilangan kandungan baharu bakal tiba buat permainan tersebut.

Kandungan pertama yang diumumkan adalah kemaskini pertama buat Monster Hunter World: Iceborne akan menyertakan raksasa baharu untuk pemain buru iaitu Rajang, dan juga lokasi khas gunung berapi yang mana ianya disahkan bakal tiba bermula 10 Oktober 2019 ini.
Selain itu, kemaskini tersebut juga disahkan bakal tiba dengan sebilangan fungsi baharu seperti keupayaan untuk memanggil pemain lain ke bilik pemain dan pemain muzik baharu.
Selain itu, Capcom juga umum watak Leon dan Claire dari permainan Resident Evil 2 juga bakal tiba sebagai kostum watak yang pemain boleh dapatkan melalui acara kolaborasi khas antara Monster Hunter World: Iceborne dan Resident Evil 2.
Menurut Capcom, acara kolaborasi ini bakal tiba pada November ini dan ianya akan menyertakan sebilangan kandungan baharu bukan sahaja kostum watak, malah senjata bertemakan Resident Evil 2 dan juga watak Mr. X sebagai Handler pemain.
Selain itu, Capcom juga umum pemenang untuk rekaan senjata oleh peminat di mana senjata Charge Blade “Black Eagle” dan kostum Palico “Wiggler Set α+ ” juga akan tiba November ini.
Selain itu, Capcom juga mengesahkan bahawa sempena ulang tahun kedua buat permainan Monster Hunter World pada Januari 2020 ini, mereka juga akan mengadakan acara khas bersempena dengannya.
Manakala acara kolaborasi bersama Horizon Zero Dawn yang diumumkan sebelum ini juga, disahkan bakal tiba bermula November dan Disember ini di mana ianya disahkan akan berlangsung mengikut peringkat.
Monster Hunter World: Iceborne merupakan pernambahan utama buat permainan Monster Hunter World yang mana buat masa ini ianya telah pun dilancarkan di Playstation 4 dan Xbox One. Menurut Capcom, versi PC buat pernambahan tersebut akan tiba sekitar Januari 2020 kelak.