Informasi Permainan Video Terkini
Marvel’s Avengers – Watak Kamala Khan, Adiwira Ms. Marvel Diperlihatkan Secara Rasmi

Marvel’s Avengers – Watak Kamala Khan, Adiwira Ms. Marvel Diperlihatkan Secara Rasmi

Diterbitkan pada Okt 5, 2019 oleh .

Ketika acara New York Comic-Con yang berlangsung hujung minggu ini, Square-Enix mempertontonkan satu video acah khas yang mempertontonkan watak Kamala Khan atau lebih dikenali sebagai adiwira Ms. Marvel sebagai salah seorang watak yang boleh dimainkan buat permainan akan datang Marvel’s Avengers.

Melaluinya, mereka memperlihatkan bentuk penceritaan watak tersebut dan juga beberapa adegan perlawanan dengan kemahiran Kamala untuk bertempur dengan membesarkan anggota badan beliau.

Video acah tersebut juga memperlihatkan Kamala berinteraksi dengan Tony dan Bruce yang mana mereka menyiasatkan berkenaan hari A-Day yang membawa bencana di dalam dunia permainan tersebut sehingga menyebabkan kematian Captain America.

Selain itu, Marvel juga berkongsi satu video khas yang mana mereka memperlihatkan watak Kamala Khan dengan lebih lanjut seperti kostum rasmi beliau dan juga bagaimana beliau mempunyai kuasa adiwira.

Tambahan itu, pelakon suara latar buat watak Kamala Khan juga diumumkan secara rasmi iaitu Sandra Saad di mana beliau sebelum ini juga pernah terlibat untuk melakonkan sebilangan watak-watak dari permainan lain seperti Rage 2 dan Fallout 76.

Marvel’s Avengers bakal dilancarkan pada 15 Mei 2020 kelak di Playstation 4, Xbox One, PC dan Stadia.


TIPS & ULASAN