Sony Interactive Entertainment dan Camouflaj hari ini akhirnya mengumumkan tarikh rasmi pelancaran permainan realiti-maya Marvel’s Iron Man VR yang mana ianya bakal tiba pada 28 Februari 2020 ini khas di Playstation 4 melalui Playstation VR.

Seperti anda sedia maklum, Marvel’s Iron Man VR adalah permainan khas yang dibangunkan sebagai permainan realiti-maya yang mana pemain akan bermain sebagai Tony Stark, iaitu adiwira Iron Man dan berupaya untuk berterbangan di udara disamping bertempur dengan pelbagai jenis musuh.

https://www.youtube.com/watch?v=j8dBqilIOOg

Bersempena dengan pengumuman ini, pembangun juga berkongsi satu video acah baharu yang memperlihatkan penceritaan permainan tersebut di mana kelihatan pemain akan bertempur dengan penjahat Ghost, sebagai penjahat utama permainan ini.

Selain daripada itu, Sony juga berkongsi sebilangan kandungan bonus pra-tempahan buat permainan tersebut termasuklah edisi Deluxe yang mana ianya menyertakan sebilangan sut perisai Iron Man dengan pelbagai jenis rekaan.

Bagi edisi Deluxe, Sony akan menyertakan:

  • Permainan penuh Marvel’s Iron Man VR
  • 4 Sut perisai khas Deluxe – Golden Avenger, Black Centurion, Sun Stinger dan Stealth Armor
  • 12 Research Point – Digunakan untuk tingkatkan senjata dan kemahiran pemain
  • Muzik latar khas
  • Tema khas Playstation 4

Manakala buat mereka yang membuat pra-tempahan pula, Sony juga akan menyertakan sebilangan kandungan-kandungan khas seperti:

  • 4 Sut perisai khas – Origin Armor, Vintage Armor, Silver Centurion Armor dan Ultraviolet Armor
  • Tema khas dinamik Playstation 4

Permainan ini akan dijual di pasaran Amerika Syarikat dengan harga $39.99(~RM168) untuk edisi biasa dan $49.99(~RM210) untuk edisi Deluxe. Bagi harga jualan di pasaran Malaysia, kami pasti akan mengemaskini setelah ia diumumkan kelak.

Semestinya permainan ini kelihatan sangat menarik dengan bentuk permainan yang membenarkan sesiapa sahaja untuk menjadi adiwira Iron Man, sudah pasti ianya bakal menjadi satu permainan yang dinanti-nantikan oleh kami awal tahun hadapan.

Sohor Kini