Informasi Permainan Video Terkini
Detroit: Become Human Telah Terjual Sebanyak 3.2 Juta Unit
PC

Detroit: Become Human Telah Terjual Sebanyak 3.2 Juta Unit

Diterbitkan pada Okt 4, 2019 oleh .

Quantic Dream hari ini mengumumkan yang permainan terbaru mereka iaitu Detroit: Become Human telah terjual sebanyak 3.2 juta unit iaitu memperlihatkan peningkatan sebanyak 1.2 juta unit berbanding pengumuman yang dilakukan pada akhir tahun lepas.

Detroit: Become Human dikeluarkan pada bulan Mei tahun lepas, dan telah terjual sebanyak 1 juta unit dalam masa dua minggu selepas dikeluarkan. Kami tidak pasti jika jumlah tersebut turut menyertakan jumlah pemain yang memperolehnya sebagai permainan percuma untuk PS Plus pada bulan Julai lepas.

Buat masa ini permainan tersebut adalah eksklusif untuk PlayStation 4 akan tetapi ia akan dikeluarkan untuk PC sekitar tahun ini secara eksklusif melalui Epic Games Store sebelum turut hadir ke kedai dalam talian yang lain.


TIPS & ULASAN