Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Yang Dimainkan Selama 60 Saat Sahaja Ditawarkan Secara Percuma Di Epic Games Store
PC

Permainan Yang Dimainkan Selama 60 Saat Sahaja Ditawarkan Secara Percuma Di Epic Games Store

Diterbitkan pada Okt 4, 2019 oleh .

Epic Games Store bermula hari ini menawarkan permainan Minit secara percuma. Ia merupakan permainan pengembaraan di mana anda boleh bermain selama 60 saat sahaja pada satu masa sebelum anda mati dan bermula semula. Ia diterbitkan oleh Devolver Digital.

Namun, setiap kali anda dapat senjata, senjata tersebut akan terus kekal dengan anda walaupun sudah mati. Permainan ini ditawarkan secara percuma sehingga 10 Oktober 2019.

Selepas berakhirnya tawaran ini, Epic Games Store menawarkan pula permainan Surviving Mars.

Epic Games Store: Minit


TIPS & ULASAN