Permua baharu Call of Duty: Mobile baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada 1 Oktober. Hari ini sudah empat hari umur permua ini rasmi dan mengejutkan ia mempunyai sambutan yang agak baik. Baru-baru ini Sensor Tower telah melaporkan yang permua ini telah mencapai 20 Juta muat turun sejak ia mula rasmi.

Bukan itu sahaja, dari 20 Juta muat turun ini juga – pemain telah berbelanja lebih $2 Juta, iaitu sekitar RM8.3 Juta. Akan tetapi perlu diingatkan yang, jumlah muat turun dan perbelanjaan ini adalah termasuk dari Call of Duty: Mobile mula boleh dimuat turun – iaitu sekitar awal tahun 2019 lagi. Jumlah ini juga turut termasuk dari semua platform seperti Play Store dan Garena.

Adakah anda sudah bermain permua pertempuran royal berasaskan Call of Duty ini? Jika sudah, adakah anda salah seorang dari yang berbelanja pada permua ini?

Sohor Kini