Skip to main content

Seperti yang anda sedia maklum, watak DLC seterusnya buat permainan Jump Force merupakan watak Uchiha Madara dari siri anime Naruto, seperti yang kami kongsikan sebelum ini.

Dengan pelancaran watak Majin Buu dan Bakugo beberapa minggu lepas, kini Bandai Namco akhirnya memperlihatkan watak DLC seterus iaitu Uchiha Madara melalui satu video acah khas.

Berdasarkan video acah yang diperlihatkan, Bandai Namco memperlihatkan sebilangan kemahiran-kemahiran serangan oleh Uchiha Madara termasuklah keupayaan untuk memanggil Susanoo.

Buat masa ini, Bandai Namco menyatakan watak Uchiha Madara akan tiba melalui pas musim permainan tersebut pada penghujung tahun ini. Seperti biasa, watak tersebut juga boleh dibeli secara berasingan. Sekaligus dengan pengumuman ini, watak DLC buat permainan Jump Force hanya tinggal 3 lagi iaitu watak dari siri Bleach dan One Piece.

Jump Force merupakan permainan perlawanan oleh Bandai Namco yang memfokuskan pelbagai watak-watak anime seperti Dragon Ball, One Piece dan sebagainya. Ianya telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Leave a Reply