Bandai Namco hari ini akhirnya berkongsi satu video acah baharu buat permainan My Hero One’s Justice 2 yang diacahkan oleh mereka sebelum ini yang mana kali ini ia mempamerkan bentuk permainan perlawanan bersama-sama dengan sebilangan watak baharu.

Seperti yang dinyatakan oleh Bandai Namco sebelum ini, permainan ini akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga di PC melalui Steam sekitar tahun hadapan. Namun tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan.

Juga bersempena dengan pengumuman ini, Bandai Namco juga berkongsi satu karya khas buat permainan tersebut yang mana ianya memperlihatkan watak Deku ataupun Midoriya Izuku bertempur dengan Kai Chisaki iaitu salah seorang penjahat dari musim ke-3 anime tersebut.

Karya tersebut juga memperlihatkan watak Mirio Togata bersama-sama dengan Tomura Shigaraki dan imej bahu dari belakang adiwira terkuat, All Might.

Dengan musim ke-4 anime My Hero Academia yang bakal ditayangkan sekitar bulan ini, Bandai Namco menyatakan bahawa permainan ini dibangunkan dengan berskala lebih besar dari permainan sebelum ini yang mana ianya sekali lagi akan memfokuskan bentuk perlawanan satu lawan satu dengan bentuk berpasukan sebanyak 3 watak.

Dari segi watak yang tersenarai, buat masa ini senarai penuh masih belum dikongsikan, namun watak-watak utama seperti Deku, Bakugo dan All Might akan kembali sebagai watak yang boleh dimainkan. Watak baharu pula yang diperlihatkan kali ini adalah Mirio, Ashido, Mineta dan juga Kai Chisaki sendiri.

Seperti biasa kami akan mengemaskini informasi lanjut setelah Bandai Namco berkongsinya kelak.

Sohor Kini