EA (Eletronic Arts) hari ini menawarkan langganan Origin Access secara percuma untuk satu bulan buat pengguna yang menetapkan tetapan pengesahan dwi-faktor melalui akaun Origin.
Menurut EA, kesemua pemilik akaun Origin di PC yang menukarkan tetapan keselamatan dwi-faktor tersebut sebelum 31 Oktober 2019, EA akan memberi langganan Origin Access selama sebulan secara percuma bermula 1 November 2019 ini.
Menurut EA, bagi mereka yang sudah pun melanggan Origin Access Basic dan telah mengaktifkan pengesahan dwi-faktor tersebut, mereka tidak akan mengenakan bayaran pada bulan November ini. Menariknya juga, buat pelangganan Origin Access Premier yang mengaktifkan pengesahan dwi-faktor, sebaliknya EA akan menyertakan 1 bulan akses percuma untuk langganan Premier secara percuma.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan Origin Access, ianya terbahagi kepada dua jenis langganan iaitu Basic dan Premier. Langganan tersebut merupakan langganan khas oleh EA di PC yang mana ianya berharga $6.45(~RM27) sebulan untuk basic manakala $19.99(~RM84) untuk Premier.
Kedua-dua langganan tersebut mempunyai kelebihan tersendiri di mana langganan Basic akan menyertakan beberapa permainan dan juga akses permainan baharu selama 10 jam sahaja. Namun bagi langganan Premier, pelanggan akan terus mendapat kesemua permainan keluaran EA termasuk permainan terkini secara bersama.
Bagi anda yang ingin mendapatkan langganan Origin Access secara percuma, pastikan anda menetapkan pengesahan dwi-faktor sebelum 31 Oktober ini.
[info] Layari: Origin [/info]