Informasi Permainan Video Terkini
The Bradwell Conspiracy Di Konsol Dan PC Bakal Dilancarkan Minggu Hadapan

The Bradwell Conspiracy Di Konsol Dan PC Bakal Dilancarkan Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Okt 3, 2019 oleh .

Bulan lepas kami berkongsi yang mana Bossa Studios dan A Brave Plan akan melancarkan permainan misteri The Bradwell Conspiracy di konsol dan PC. Terkini, tarikh pelancarannya akhirnya diumumkan secara rasmi di mana ianya akan dilancarkan secara berperingkat bermula minggu hadapan.

Menurut Bossa Studios, permainan tersebut akan dilancarkan di Playstation 4 dan PC melalui Steam pada 8 Oktober 2019 ini. Manakala versi Switch pula bakal tiba 10 Oktober 2019 dan akhir sekali versi Xbox One pula bakal dilancarkan pada 11 Oktober 2019 kelak. Namun buat pelancaran di Apple arcade, ianya masih belum diumumkan.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan ini akan memfokuskan pemain untuk mengembara di dalam muzium Bradwell Stonehenge Museum di mana ianya meletup dan bangunan tersebut runtuh, sekaligus pemain dan pekerja lain bernama Amber perlu bekerjasama untuk menyelematkan diri daripada muzium tersebut. Sepanjang permainan tersebut, pemain akan menggunakan satu kaca mata realiti-terimbuh yang ia akan akan digunakan untuk alat berhubungan disamping menyelesaikan misteri yang terdapat di dalam muzium tersebut.

Bagi anda yang ingin menonton video acah baharu permainan tersebut, anda boleh menontonnya di bawah.


TIPS & ULASAN