Skip to main content

Sejak pelancaran permainan Untitled Goose Game bulan lepas di PC dan juga Switch, permainan tersebut mendapat sambutan yang sangat baik di kalangan pemain yang mana terdapat pelbagai ‘meme’ dan juga video lucu yang dikongsikan di internet berkenaan permainan tersebut.

Malah kejayaan permainan tersebut telah meletakkan ia adalah permainan terlaris di Nintendo eShop, mengalahkan The Legend Of Zelda: Link’s Awakening yang dilancarkan pada tarikh yang sama.

Terkini menurut laporan Gamespot, melalui temu bual bersama pembangun permainan tersebut menyatakan bahawa mereka pasti akan melancarkan permainan tersebut di konsol Playstation 4 dan Xbox One dahulu sebelum melakukan projek permainan seterusnya.

Malah, menurut penerbit, mereka juga kini sedang dalam perancangan untuk melancarkan permainan tersebut sebagai edisi permua dengan sokongan skrin sesentuh di peranti telefon pintar. Namun, informasi berkenaan perkara tersebut masih belum disahkan.

Selain itu, beliau juga mengesahkan bahawa permainan tersebut akan tiba di Steam sekitar tahun hadapan.

Untitled Goose Game telah pun dilancarkan di Switch melalui Nintendo eShop dan di PC melalui Epic Games Store. Ianya boleh dibeli dengan harga sekitar $19.99(~RM84) dan menariknya sekali, ianya ditawarkan dengan harga diskaun di PC dengan harga hanya $6.99(~RM30) sahaja.

Leave a Reply