Informasi Permainan Video Terkini
Mario Kart Tour Dimuat Turun 90 Juta Kali Dalam Masa Seminggu – Tertinggi Untuk Permainan Mudah Alih Nintendo

Mario Kart Tour Dimuat Turun 90 Juta Kali Dalam Masa Seminggu – Tertinggi Untuk Permainan Mudah Alih Nintendo

Diterbitkan pada Okt 3, 2019 oleh .

Apabila membawa satu jenama yang besar dan dijadikan sebagai satu permainan mudah alih, tidak mengejutkan apabila ia akan menerima penerimaan yang baik. Itulah yang berlaku untuk Mario Kart Tour.

Berdasarkan anggaran oleh Sensor Tower, Mario Kart Tour iaitu permainan mudah alih terbaru oleh Nintendo telah dimuat turun sebanyak 90 juta kali selepas seminggu dikeluarkan.

Jumlah tersebut menjadikan ia adalah tertinggi berbanding permainan mudah alih Nintendo yang lain, sebagai perbandingan di tempat kedua adalah Animal Crossing: Pocket Camp yang mendapat jumlah muat turun sebanyak 14.3 juta kali sahaja. untuk seminggu pertama.

Ini membuktikan yang Mario Kart Tour adalah permainan yang menarik minat ramai pemain, dan juga disebabkan ia dilancarkan di lebih banyak negara berbanding permainan mudah alih Nintendo yang lain.

Jika mengikut peranti, Android menyumbangkan 59.5% daripada jumlah muat turun iaitu 53.5 juta kali berbanding iOS dengan 36.5 juta kali. Amerika Syarikat adalah negara tertinggi iaitu 14.7% diikuti Brazil 11.8% dan Mexico dengan 6.4%.

Manakala mengikut pendapatan, Mario Kart Tour mengutip RM53 juta untuk minggu pertama di mana pengguna di iOS penyumbang tertinggi dengan 75.5%. 45% daripada pendapatan adalah daripada pemain di Amerika Syarikat.

Mario Kart Tour sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android.


TIPS & ULASAN