Riot Games mengumumkan yang mereka bakal memperkenalkan satu liga baharu iaitu Pacific League Championship Series (PCS) yang khas untuk pasukan daripada Asia Pasifik dan Asia Tenggara.

Liga ini adalah gabungan antara dua liga tersedia iaitu The League Master Series (LMS) yang melibatkan Hong Kong, Taiwan dan Macau dengan Southeast Asia Tour (LST) yang melibatkan Thailand, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Singapura. Manakala Vietnam akan terus kekal dengan liga tersendiri iaitu Vietnam Championship Series (VCS).

PCS akan menyertakan 10 pasukan dan bermula pada tahun 2020. Namun, buat masa ini masih tiada pengumuman bagaimana pasukan boleh melayakkan diri ke liga tersebut.

LMS akan dianjurkan dengan kerjasama Garena iaitu penerbit untuk League of Legends di beberapa negara asia tenggara.

Sohor Kini