Skip to main content

Return of the Obra Dinn merupakan permainan pengembaraan yang mempunyai rekaan unik iaitu dengan bentuk visual monokrom yang dibangunkan oleh 3909 LLC. Ia sudah dikeluarkan untuk PC pada 18 Oktober 2018.

Hari ini, pencipta permainan tersebut Lucas Pope mengumumkan yang ia akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan Switch pada 18 Oktober 2019 iaitu setahun selepas versi PC dikeluarkan. Ia sebelum ini sudah diumumkan untuk Switch melalui Nintendo Direct.

Permainan ini telah menerima banyak pencalonan untuk anugerah permainan video terutama bagi kategori rekaan dan juga inovasi. Bahkan mereka memenangi anugerah arahan seni terbaik di The Game Awards 2018. Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply