Informasi Permainan Video Terkini
Penambahan Iron Judgement Untuk Gwent Kini Hadir – Menyertakan Lebih 80 Kad Baharu
PC

Penambahan Iron Judgement Untuk Gwent Kini Hadir – Menyertakan Lebih 80 Kad Baharu

Diterbitkan pada Okt 3, 2019 oleh .

CD Projekt Red hari ini akhirnya melancarkan penambahan baharu untuk permainan kad mereka Gwent: The Witcher Card Game. Melaluinya terdapat 80 kad baharu yang disertakan.

Penambahan ketiga ini tampaknya memfokuskan untuk memberi pemain lebih cara untuk bertahan dan menggalakkan dek berasaskan control. Antarya keyword yang menjadi fokus adalah Armor yang menyertakan pelindungan kepada sesuatu kad. Ia merupakan keyword yang dibawa kembali.

Manakala Defenders pula adalah kad yang apabila dimainkan di sesuatu barisan menjadikan kesemua kad di barisan tersebut terlindung daripada satu serangan. Barricade adalah kad yang khas untuk unit yang mempunyai Armor manakala Exposed pula kad rahsia yang akan digunakan apabila semua Armor dihancurkan.

Selain kad ia juga akan menyertakan skin baharu untuk leader dan juga dahan baharu untuk rewards. Gwent: The Witcher Card Games sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN