Skip to main content

Borderlands pertama dikeluarkan pada Oktober 2009, oleh kerana itu bulan ini siri tersebut akan menyambut ulang tahun yang ke-10. Bersempena dengan itu, Gearbox mengumumkan acara khas untuk Boderlands 3 yang akan berlangsung selama 5 minggu.

Setiap minggu acara yang berlainan akan dianjurkan, untuk minggu pertama yang bermula sekarang sehingga 8 Oktober, Boss Week berlangsung di mana pada minggu ini, setiap Boss akan mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk memberikan senjata legendary.

Berikut adalah senarai senjata yang mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk diberikan kepada pemain mengikut boss;

  • MouthpieceGatling Gun
  • KillaVolt Brainstormer
  • Gigamind Nagata
  • Katagawa Ball Rectifier
  • Katagawa – Legendary class mods
  • Rampager Kill-o’-the-Wisp
  • Warden Echo
  • GenIVIV Ten Gallon
  • Aurelia Creeping Death
  • Graveward Earworm
  • Pain and Terror – Legendary class mods
  • Troy Nova Berner
  • Tyreen Bitch

Pada minggu-minggu lain pula ia akan menyertakan acara yang berlainan antaranya Rare Spawn Hunt, Show Me The Eridium, Mayhem on Twitch dan Spooky Suprise yang akan dikongsi lanjut pada masa akan datang.

Gearbox juga sebelum ini mengumumkan acara khas Bloody Harvest yang kami jangkakan bermula ketika acara Spooky Surpise pada minggu kelima. Borderlands 3 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply