Informasi Permainan Video Terkini
Filem Animasi Ejen Ali Akan Ditayangkan Pada 28 November Ini

Filem Animasi Ejen Ali Akan Ditayangkan Pada 28 November Ini

Diterbitkan pada Okt 2, 2019 oleh .

Kali pertama kita tonton video acah filem animasi Ejen Ali adalah pada tahun lepas. Filem ini adalah filem animasi tempatan yang dihasilkan oleh Wau Animations, yang mana membuatkan kita ingin tonton kerana pergerakan animasi yang hebat, jalan cerita kelihatan menarik dan secara keseluruhan nampak sangat epik. Setahun kemudian, Wau Animations masih tidak mengumumkan tarikh tayangan. Sebaliknya meneruskan mengacah para peminat dengan video acah baharu.

Akhirnya hari ini, Facebook rasmi Ejen Ali telah mengumumkan secara rasmi yang filem Ejen Ali The Movie, atau Ejen Ali – Misi: Neo akan ditayangkan pada 28 November 2019 ini. Lebih setahun kita nanti-nantikan, akhirnya penantian akan berakhir dalam tempoh lebih kurang sebulan sahaja lagi. Kita sudah tahu sinopsis, yang akan ada satu agenda melibatkan organisasi perisikan M.A.T.A, Projek I.R.I.S NEO, Ali dan juga Dato’ Othman. Persoalannya adalah, adakah filem Ejen Ali mampu menandingi kutipan BoBoiBoy The Movie 2?


TIPS & ULASAN