Skip to main content

Lanjutan daripada pengumuman kandungan Spyro yang tiba buat permainan perlumbaan Crash Team Racing Nitro-Fueled sebelum ini, Activision kini mengumumkan 3 lagi kandungan baharu Grand Prix yang bakal tiba buat permainan tersebut.

Seperti kandungan Grand Prix sebelum ini, ketiga-tiga kandungan tersebut akan tiba secara berperingkat yang mana ianya bukan sahaja akan menyertakan litar baharu untuk pemain berlumba, malah pelbagai ganjaran seperti kostum, watak tambahan dan sebagainya.

3 kandungan Grand Prix yang diumumkan adalah Spooky Grand Prix ayng bakal berlangsung sebaik sahaja Grand Prix Spyro tamat, diikuti dengan Neon Circus Grand Prix dan Winter Festival Grand Prix. Semestinya dengan kandungan pelbagai yang tiba secara percuma buat pemain ini pasti akan menarik minat lebih ramai untuk berlumba di dalam permainan tersebut.

Crash Team Racing Nitro-Fueled telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch pada Jun lepas di mana kami sebelum ini juga telah pun membuat ulasan penuh buat permainan tersebut, di mana anda boleh membacanya di pautan di bawah.

Leave a Reply