Informasi Permainan Video Terkini
Super Mario Maker 2 Akhirnya Membolehkan Pemain Bermain Bersama Rakan Secara Dalam Talian

Super Mario Maker 2 Akhirnya Membolehkan Pemain Bermain Bersama Rakan Secara Dalam Talian

Diterbitkan pada Okt 2, 2019 oleh .

Nintendo hari ini mengumumkan kemaskini baharu untuk Super Mario Maker 2 iaitu versi 1.1.0 yang menyertakan pelbagai penambahan termasuk juga yang diminta oleh ramai pemain iaitu kebolehan untuk bermain bersama rakan secara dalam talian.

Sebelum ini, pemain hanya boleh bermain secara koperasi setempat sahaja dengan rakan, jika ingin bermain secara dalam talian ia mestilah secara rawak.

Melalui fungsi baharu iaitu ‘Play with Friends’, anda kini boleh bermain melawan ataupun bersama rakan untuk mod Multiplayer Versus ataupun Multiplayer Co-op.

Kemaskini ini juga memudahkan pemain untuk mencari litar yang dicipta oleh Nintendo sendiri melalui senarai Official Makers. Selain itu, ia juga menyertakan pelbagai penambah-baikkan untuk prestasi permainan.

Super Mario Maker 2 sudah dikeluarkan secara eksklusif untuk Switch.


TIPS & ULASAN