Informasi Permainan Video Terkini
Rocket League Menggantikan Kotak Tikam Dengan Blueprints

Rocket League Menggantikan Kotak Tikam Dengan Blueprints

Diterbitkan pada Okt 2, 2019 oleh .

Bulan Ogos lepas, Psyonix mengumumkan yang mereka akan menghentikan penggunaan kotak tikam di dalam permainan Rocket League, ia akan digantikan dengan kedai dalam permainan.

Hari ini, mereka mengumumkan satu lagi sistem baharu untuk menggantikan kotak tikam iaitu Blueprints. Seperti sistem kotak tikam, pemain akan mendapat Blueprints pada di akhir permainan, namun, pemain dapat terus melihat barangan yang diperoleh.

Pemain kemudiannya boleh membayar untuk mencipta barangan tersebut ataupun tidak. Ia akan menggunakan Credit iaitu mata wang digital baharu untuk menggantikan keys daripada sistem sebelum ini. Credit itu juga digunakan untuk membeli barangan daripada kedai dalam permainan.

Blueprints dan kedai dalam permainan ini akan tiba melalui kemaskini untuk permainan tersebut yang akan tiba sekitar Disember ini. Rocket League sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.


TIPS & ULASAN